ORIGAMI KREATIF

Aktiviti terkini |25 November 2021

Tempat Aktiviti:
Bilik Latihan ICT, PEDi Tasek Mengkuang

Tujuan :
• Aktiviti ini bertujuan untuk melahirkan komuniti yang kreatif dan berinovasi terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.
• Aktiviti ini juga berupaya melahirkan masyarakat yang bersikap positif dan bekerjasama antara satu sama lain.
• Melalui aktiviti ini juga dapat melatih corak pemikiran peserta.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Aktiviti bermula pada jam 2.30 petang dengan penerangan ringkas selama 10 minit telah diberikan kepada peserta mengenai aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut.
• Para peserta dibekalkan dengan bahan dan alat tulis seperti kertas warna, gunting, pembaris dan gam.
• Dalam program ini, peserta dikehendaki untuk menghasilkan sebuah origami pilihan mengikut kreativiti masing-masing. Tiada tema penghasilan origami yang ditetapkan .
• Peserta dibenarkan untuk merujuk tutorial pada Youtube atau Google.
• Tempoh masa selama satu jam setengah telah diberikan bagi menyiapkan origami masing-masing.
• Pada penghujung aktiviti, peserta dikehendaki untuk mempersembahkan origami yang telah siap dihasilkan.

Kelebihan Aktiviti :
• Membentuk komuniti yang kreatif dan berinovasi.
• Mewujudkan kerjasama dalam kalangan komuniti.
• Berupaya melahirkan modal insan yang berguna.
• Mewujudkan persekitaran yang positif dalam kalangan komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :