PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA
Aktiviti terkini |6-10 September 2021Tempat Aktiviti:
Platform ‘Facebook’
Tujuan :
• Program ini bertujuan untuk memupuk semangat patriotik dan kemerdekaan dalam kalangan komuniti terutamanya kanak-kanak.
• Walaupun kita berdepan dengan wabak ‘COVID-19’, kita perlu menunjukkan rasa cinta akan tanah air.
• Program ini juga dapat mengeratkan hubungan dan kerjasama antara PIK yang terlibat.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pertandingan dibuka kepada komuniti sekitar PIK Tasek Mengkuang selama 5 hari.
• Peserta dikehendaki menghantar video atau gambar mereka memakai pakaian beragam bertemakan Hari Malaysia melalui FB page/ whatsapp PIK.
• Seramai 6 peserta telah dipilih sebagai pemenang (3 hadiah utama & 3 saguhati).
• Pemenang dinilai berdasarkan kreativiti pakaian yang digayakan, gaya persembahan dan kekemasan.
• Pemenang telah diumumkan melalui slot Facebook Live Sambutan Hari Malaysia Pusat. Internet Komuniti Kluster Besut dan Pasir Puteh dan turut dihubungi pada 11 Sept 2021 bagi menuntut hadiah yang disediakan di PIK Tasek Mengkuang.
Kelebihan Aktiviti :
• Memupuk semangat cinta akan tanah air dalam kalangan komuniti.
• Dapat mendidik dan melahirkan masyarakat yang kreatif.
• Melahirkan komuniti yang berkeyakinan dan bercita-cita tinggi.
• Menjalin dan mengeratkan hubungan antara Kluster Besut dan Kluster Pasir Puteh.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :