KELAS MAKE-UP
Aktiviti terkini |3 Mac 2022Tempat Aktiviti:
PEDi Tasek Mengkuang
Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Tasek Mengkuang telah melakukan kelas dandanan atau make-up bersama mua-mua tempatan yang berada di sekitar Besut.
• Program ini bertujuan untuk menambah ilmu dan mempelajari benda-benda baru bersama-sama dengan mua yang lebih berpengalaman.
• Program ini telah berlangsung selama 4 jam yang dihadiri oleh 3 orang mua dan 3 orang peserta.
Tujuan :
• Program ini diadakan bertujuan untuk membantu ekonomi individu yang berpotensi menceburi bidang yang menguntungkan ini.
• Membuka peluang kepada individu untuk memulakan perniagaan sendiri dengan modal dan kos operasi yang rendah.
• Membantu individu untuk lebih yakin dan positif dalam menghargai diri sendiri.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program ini berlangsung selama 4 jam iaitu bermula dari pukul 2.00 pm sehingga 5.00 pm, dan dihadiri oleh 6 orang peserta.
• Slot pengisian program : Mua mula menerangkan tentang beberapa aspek yang penting sebelum memulakan dandanan seperti pengenalan kepada skim warna, pengenalan kepada alatan jurusolek, pengenalan kepada jenis-jenis berus, solekkan siang dan malam.
• Di akhir program mua dan peserta bergambar sebagai kenangan antara satu sama lain dan menerangkan konsep dandanan yang telah dipraktikkan.
Kelebihan Aktiviti :
• Membina perniagaan di rumah atau dimana sahaja.
• Peluang memulakan perniagaan sendiri dengan modal dan kos operasi yang rendah.
• Membentuk keyakinan diri dan keluarga.
• Membantu menjana ekonomi individu yang berpotensi menceburi bidang yang menguntungkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :