PROGRAM SUAI KENAL DAN MUSYAWARAH BERSAMA WAKIL GURU KAFA DUN JABI, TERENGGANU

Aktiviti terkini | 20 April 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Kg. Tasek Mengkuang

Tujuan :
• Program yang dijalankan untuk mengenali guru-guru yang berada di sekitar DUN JABI, bagi memudahkan pihak PI1M menjalankan kerjasama dengan pihak sekolah
• Mewar-warkan perkhidmatan yang disediakan di PI1M
• Menarik penyertaan ahli baru daripada kalangan guru-guru
• Mempromosikan PI1M kepada guru untuk tujuan memudahkan hebahan kepada murid-murid di sekolah berdekatan
• Merapatkan silaturahim dan mewujudkan hubungan baik antara pihak PI1M dan sekolah
• Pemilihan AJK PI1M daripada kalangan Guru KAFA untuK memastikan hubungan baik antara PI1M dan sekolah secara berterusan

Aktiviti Berkaitan:
• Program dijalankan di PI1M, Tasek Mengkuang
• Pendaftaran peserta bermula pada pukul 11 pagi
• Setiap peserta diwajibkan untuk mendaftar sebagai ahli PIM
• Fokus utama aktiviti yang dijalankan adalah untuk membuat pemilihan Ahli Jawatan Kuasa yang terdiri daripada guru-guru KAFA

Perlaksanaan Aktiviti Utama :
• Guru-guru KAFA diberi taklimat dan penerangan mengenai Pusat Internet Tasik Mengkuang
• Pendedahan dari segi matlamat, fokus dan kerjasama antara PI1M dan Sekolah ditekankan untuk menjalinkan sinergi antara pihak KAFA dan PI1M
• Perbentangan program-program yang akan diadakan di PI1M Tasek Mengkuang daripada staff PI1M, Tasek Mengkuang turut dilakukan untuk membincangkan mengenai aktiviti atau program yang boleh dilakukan bersama pihak KAFA
• Majlis diteruskan dengan pemilihan AJK yang terdiri daripada wakil Guru KAFA seluruh DUN JABI, melibatkan sebanyak 14 buah sekolah rendah kebangsaan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :