INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Info:
Kampung Tasek Mengkuang merupakan sebuah kampung tradisi dalam Mukim Kerandang, DUN Jabi. Dari segi politik DUN Jabi di bawah Parlimen Setiu. Dari segi pentadbiran tanah dan JKKK DUN Jabi di bawah pentadbiran Daerah Besut, Terengganu. Terletak lebih kurang 10 kilometer daripada pekan Jerteh dan 100 kilometer daripada bandar Kuala Terengganu. Keluasan bagi Kg Tasek Mengkuang adalah 1131 hektar dengan kapasiti penduduk berjumlah 383 orang (213 lelaki; 170 perempuan) daripada hampir 105 keluarga. 90% penduduknya terdiri dari petani dan pelajar manakala selebihnya adalah kakitangan kerajaan/swasta. Pola petempatan kawasan ini kebanyakannya adalah penempatan berkelompok dan berselerak. Penempatan berkelompok boleh dilihat berhampiran dengan kemudahan-kemudahan infrastruktur yang disediakan. Semuanya masyarakat di sini berbangsa Melayu yang beragama Islam.

Rekreasi & Pelancongan
Tempat Tumpuan Pelancong

Lata Belatan Jabi
Gunung Tebu
Hutan Lipur Lata Tembakah
Pantai Bukit Keluang
Tempat Makan Menarik

Sate Lanang Jabi
Profesor Cendol
Granny Restoran Jabi
Keropok Losong
Kemudahan Awam
Masjid Kg Tasek Mengkuang
Surau Tasek Mengkuang Hilir
Klinik Desa Kerandang
Balai Penghulu Mukim Kerandang
Balai Raya/ Dewan Serbaguna
Gelanggang Futsal/ Serbaguna
Pendidikan
Sekolah Kebangsaan Kerandang
Sekolah Kebangsaan Bukit Tempurong
SK Bukit Tempurong
Tadika Kemas Tasek Mengkuang
Kisah Kejayaan
Nama : Wan Hanisah Bt Wan Hassan
Alamat : 123-A, Kg Layout Jabi, 22020 Jerteh Terengganu.
No. Telefon : 0139252009
Tahun menjadi Ahli PI1M : 2018
Facebook : J’LeeTa Qu

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M :
Kalau sebelum ini pendapatan jualan sampingan hanya untuk minyak kereta dan makan sahaja kini pendapatan sampingan diluar jangkauan. Pendapatan yang diperolehi sebelum ini hanyalah RM50 – RM100 sehari.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M :
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg. Tasek Mengkuang beliau kini mempunyai akaun facebook iaitu dengan membuat Like Page, histagram, blog dan yang terkini menjadi tunjang utama dalam Facebook iaitu FB Ads. Daripada kelas bimbingan keusahawanan tersebut pendapatan Pn Hanisah telah Berjaya ditingkatkan dalam sebulan iaitu sekitar RM 800.00 – RM 1500.00.




Nama : Mohd Amin Bin Mohamad
Alamat : No 205d Cabang 3 Oh, Jabi, 22000, Jerteh, Terengganu
No. Telefon : 01120646803
Tahun menjadi Ahli PI1M : 2018

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M :
Sebelum penglibatan beliau sebagai ahli Pusat Internet 1 Malaysia Tasek Mengkuang, beliau boleh dikategorikan sebagai ‘ Buta IT’. Terdapat peralatan computer yang tidak dikenali oleh beliau apatah lagi perisian seperti Microsoft office , penggunaan internet dan lain-lain walaupun tidak ‘Buta Huruf’.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M :
Kini menjadi ahli PI1M, En Ahmad Amin mampu menggunakan peralatan computer OKU dengan baik. Kerana minat yang mendalam berkaitan ICT beliau kerap menghadiri kelas ICT percuma yang dijalankan oleh PI1M Tasek Mengkuang sejak Mei 2017 secara personal. Kemahiran ICT beliau semakin meningkat malah mampu menaip dan membuka perisian seperti Google Chrome, Internet Explorer tanpa perlu dibantu lagi.

Keusahawanan
Raja Idlan Raja Mat merupakan seorang usahawan yang berkecimpung dalam pelbagai jenis bidang perniagaan sejak berumur belasan tahun lagi secara offline. Antara perniagaan sambilan yang dilakukan beliau ialah menjual Jam G- Shock yang menjadi trending di kalangan anak muda. Tidak tertumpu kepada satu jenama sahaja, atas hasrat untuk mencari punca pendapatan sampingan melalui perniagaan, beliau bersama isteri tercinta iaitu Norhidayu Sukorno telah menjual beberapa barangan yang lain iaitu Tudung Hyda Scarf, produk kesihatan Shaklee dan kelengkapan hotel seperti bantal berjenama DAS Abdul. Disamping itu, beliau juga memiliki kemahiran dan berkebolehan dalam menerima tempahan Banner/ Banting dan juga menyediakan perkhidmatan baikpulih rumah serta penjualan barang binaan rumah.