PROGRAM HARI TERBUKA TABIKA KEMAS BERSAMA PI1M TASEK MENGKUANG

Aktiviti terkini | 16 Mei 2017

Tempat Aktiviti:
Tabika Permata Kemas, Kg Tasek Mengkuang

Tujuan :
• Memperkenalkan PI1M kepada ibu bapa dan pelajar seawal usia 4 tahun bagi menarik minat mereka dalam bidang IT.
• Mewar-warkan perkhidmatan yang disediakan di PI1M.
• Menarik penyertaan ahli baru daripada kalangan ibu bapa.
• Mempromosikan PI1M kepada guru bagi membantu mereka mencari bahan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran.
• Merapatkan silaturahim dan mewujudkan hubungan baik antara pihak PI1M dan Tadika Kemas.
• Memberi penerangan berkaitan KDB kepada ibu bapa dan guru.

Perlaksanaan Aktiviti Utama :
• Guru, para pelajar dan ibu bapa diberi taklimat dan penerangan mengenai Pusat Internet Tasik Mengkuang.
• Pendedahan dari segi matlamat, fokus dan kerjasama antara PI1M dan Tabika Kemas turut ditekankan.
• Perbentangan program-program yang akan diadakan di PI1M Tasek Mengkuang daripada staff PI1M Tasek Mengkuang turut dilakukan untuk membincangkan mengenai aktiviti atau program yang boleh dilakukan bersama pihak Tabika Kemas.
• Majlis diteruskan dengan ucapan dari tenaga pengajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :