PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Aktiviti terkini | 06 Ogos 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Kg Tasek Mengkuang

Tujuan Aktiviti:
• Menyemarakkan lagi hari kemerdekaan yang akan di sambut pada 31 Ogos 2017.
• Ia juga bermatlamat untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan kanak-kanak Tabika Kemas sejak dari kecil lagi.
• Murid-murid juga diperkenalkan dengan bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang, dan bunga kebangsaan iaitu Bunga Raya melalui lukisan yang dicetak di atas kertas mewarna tersebut. Dengan cara itu murid-murid dapat menghayati nilai kemerdekaan melalui lukisan yang diwarnakan mereka.

Kelebihan Aktiviti :
• Kebaikan yang diperolehi ialah dapat mencungkil bakat murid-murid melalui pertandingan mewarna yang diadakan antara 5 buah Tabika Kemas DUN Jabi.
• Menyemai rasa cinta akan negara dan tanah air tercinta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :