PROGRAM CUTI SEKOLAH : JOM MELUKIS

Aktiviti terkini |14 Disember 2021

Tempat Aktiviti:
Bilik Latihan ICT, PEDi Tasek Mengkuang

Tujuan :
• Program ini bertujuan untuk mengisi masa lapang komuniti pada musim cuti sekolah dengan aktiviti yang berfaedah.
• Program ini juga turut melatih dan menarik minat komuniti untuk melukis dan mewarna.
• Melalui program ini juga, komuniti dapat melihat kebolehan dan kreativiti masing-masing.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program ini bermula pada pukul 2.00 petang iaitu dengan memberikan sedikit taklimat berkenaan dengan program.
• Para peserta diberikan tempat duduk mengikut SOP dan diberikan masa untuk menyiapkan lukisan masing-masing.
• Peserta diberi masa selama satu jam untuk menyiapkan lukisan dan mewarna bagi menghasilkan lukisan yang menarik.
• Peserta dibenarkan untuk merujuk tutorial pada Youtube atau Google.
• Pada penghujung program, peserta perlu mencetak lukisan masing-masing dan mempersembahkannya.

Kelebihan Aktiviti :
• Membentuk komuniti yang kreatif dan berinovasi.
• Membentuk peribadi komuniti untuk berkeyakinan dan berkebolehan.
• Menarik minat komuniti untuk melukis.
• Mengeratkan hubungan bersama komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :