ADVOKASI MOBILE E-WASTE

Aktiviti terkini |23 Oktober 2021

Tempat Aktiviti:
Bilik Latihan ICT, PIK Tasek Mengkuang

Tujuan :
• Program ini bertujuan untuk memberikan ilmu dan kesedaran dalam kalangan komuniti tentang kepentingan Mobile E-waste.
• Selain itu, program ini dijalankan bagi menyambut hari E-waste sedunia serta memaksimumkan penggunaan E-waste dalam kalangan komuniti PIK Tasek Mengkuang.
• Disamping itu, melalui program ini juga dapat mengeratkan hubungan antara komuniti dan staf PIK Tasek Mengkuang.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Peserta diberi penerangan mengenai program Mobile E-waste yang merangkumi pengenalan e-waste, cara mengitar semula e-waste dengan betul, kesan dan manfaat pengurusan e-waste yang berkesan.
• Selesai taklimat, sesi kuiz kahoot berkaitan mobile e-waste dan penerangan berkaitan kotak mobile e-waste yang disediakan di Pusat Internet Komuniti dijalankan.
• Para peserta turut mengambil peluang membawa e-waste dari rumah masing-masing seperti pengecas dan telefon bimbit untuk dikumpulkan di dalam kotak mobile e-waste yang disediakan di sini.
• Program berakhir dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang kuiz kahoot Mobile E-waste.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberikan pengetahuan asas berkenaan dengan Mobile E-waste kepada peserta.
• Memberi peluang kepada peserta untuk mencari dan meletakkan barangan E-waste daripada rumah.
• Membentuk komuniti yang bertanggungjawab dan bekerjasama.
• Memberikan kesedaran kepada komuniti berkenaan dengan kepentingan penjagaan alam sekitar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :