KOMUNITI BERSAMA KWSP

Aktiviti terkini |10 Februari 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Tasek Mengkuang


Ringkasan Aktiviti :
• Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada komuniti mengenai i-SARAAN dengan lebih mendalam.
• Program ini telah berlangsung selama 5jam dan bertempat di PEDi Tasek Mengkuang, dan sekurang-kurangnya telah dihadiri oleh 60 orang peserta yang rata-ratanya merupakan penduduk sekitar.

Tujuan :
• Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk masyarakat agar lebih peka terhadap jaminan pada masa hadapan, dan untuk memberikan pendedahan kepada komuniti mengenai program-program yang disediakan oleh pihak KWSP seperti i-SARAAN dan i-suri yang mana pelabur akan mendapat manfaatnya di kemudian hari.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program ini berlangsung selama 5 jam iaitu bermula dari pukul 10.00 am sehingga 2.00 pm, dan dihadiri oleh 60 orang peserta yang mana rata-ratanya berumur lingkungan 30-50 tahun
• Slot pengisian program : Pihak Kwsp mula membuka kaunter pada pukul 10.00 pagi dan menunggu peserta datang ke kaunter untuk menyelesaikan urusan para peserta yang hadir.
• Penyampaian cenderahati sebagai penghargaan kepada pihak KWSP di atas perkhidmatan yang telah diberikan.

Kelebihan Aktiviti :
• Melahirkan komuniti yang fokus dan bijak dalam membuat keputusan.
• Membentuk komuniti yang berfikiran kreatif dan kritis.
• Menarik minat komuniti berkunjung ke PEDi.
• Memberi kemudahan kepada komuniti setempat yang mempunyai kesukaran untuk mengunjungi pejabat KWSP terdekat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :