KLIK DENGAN BIJAK (KDB)

Aktiviti terkini |21 Mac 2023

Tempat Aktiviti:
Smk Sungai Petai

Ringkasan Aktiviti :
• Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) TASEK MENGKUANG telah berkerjasama dengan PEDi Cherang Ruku, Kg Bharu, Gong Kulim , Tok Janggut serta sungai Petai menjalankan program Klik Dengan Bijak (KDB) yang bertempat di SMK SUNGAI PETAI pada 21 MAC 2023 yang lepas.

Tujuan :
• Memberi kesedaran tentang bahayanya penggunaan media sosial terhadap kanak-kanak dan remaja.
• Memberikan pendedahan tentang bahayanya “online grooming”.
• Memperkenalkan cara yang betul untuk mengetahui sesuatu berita itu palsu atau tidak melalui laman web yang tepat (sebenarnya.com).

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Kami juga menerangkan tentang apa itu buli siber, online grooming dan bahanya perbuatan over sharing yang boleh mengundang padah kepada si pelaku.
• Selain itu kami selitkan juga tentang aktiviti-aktiviti menarik yang dijalankan di PEDi seperti menyediakan kelas ICT secara percuma dan pelbagai lagi.

Kelebihan Aktiviti :
• Pelajar-pelajar dapat pengetahuan baru tentang penggunaan media social yang betul dan mengelakkan diri daripada menjadi mangsa online grooming yang boleh membawa kepada gangguan seksual dan ugutan.
• Memupuk kesedaran tentang bahayanya media sosial jika digunakan tanpa ilmu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :