KLIK DENGAN BIJAK (KDB)

Aktiviti terkini |21 Mei 2023

Tempat Aktiviti:
Smk Alor Peroi

Ringkasan Aktiviti :
• Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) TASEK MENGKUANG telah berkerjasama dengan PEDi Cherang Ruku, Kg Bharu, Felda Tenang, serta Sungai Petai menjalankan program Klik Dengan Bijak (KDB) yang bertempat di SMK ALOR PEROI pada 21 MEI 2023 yang lepas.

Tujuan :
• Memberi kesedaran tentang bahayanya penggunaan media sosial terhadap kanak-kanak dan remaja.
• Memberikan pendedahan tentang bahayanya “online grooming”.
• Memperkenalkan cara yang betul untuk mengetahui sesuatu berita itu palsu atau tidak melalui laman web yang tepat (sebenarnya.com).

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Kami juga menerangkan tentang apa itu buli siber, online grooming dan bahanya perbuatan over sharing yang boleh mengundang padah kepada si pelaku.
• Selain itu kami selitkan juga tentang aktiviti-aktiviti menarik yang dijalankan di PEDi seperti menyediakan kelas ICT secara percuma dan pelbagai lagi.

Kelebihan Aktiviti :
• Pelajar-pelajar dapat pengetahuan baru tentang penggunaan media social yang betul dan mengelakkan diri daripada menjadi mangsa online grooming yang boleh membawa kepada gangguan seksual dan ugutan.
• Memupuk kesedaran tentang bahayanya media sosial jika digunakan tanpa ilmu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :