Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Nama Kampung Tasek Mengkuang adalah berasal daripada nama pokok Mengkuang yang terdapat banyak dan tumbuh subur di tepi tasik ladang di hujung kampung. Sekarang tasiladang yang dahulunya dipenuhi buaya telah ditimbus dan dijadikan bendang. Pada zaman sebelum merdeka, kampung ini ditadbir oleh Ketua Kampung Kerandang, yang menguasai seluruh Mukim Kerandang. Malah penduduk kampung ini juga bersembahyang Jumaat di Masjid Kampung Kerandang.
Pada awal 60-an penduduk kampung ini yang diketuai oleh Mat Akib bin Ibrahim telah berjuang dan berjaya mendapatkan taraf Mukim Jumaat sendiri dan mempunyai ketua kampung sendiri, tetapi masih dibawah JKKK Kg Kerandang. Mulai akhir 80-an barulah kampung ini ditadbir oleh JKKK sendiri dengan nama JKKK Kg Tasek Mengkuang, di bawah pimpinan En Jaafar bin Mamat dan kini diterajui oleh En Wan Nawang Bin Wan Bakar sebagai pengerusi tetap JKK, sesi 2016-2017. Sekarang kampung ini dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan infrasturtur bagi kemudahan penduduk kampung. Antaranya adalah seperti bekalan air bersih, bekalan tenaga elektrik, masjid, dewan orang ramai, klinik desa, tadika, sekolah rendah, astaka, padang bola, gelanggang futsal, tali air, dan sebagainya.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019HARI BERSAMA KOMUNITI
Aktiviti Terkini | 17 Disember 2018Hari Bersama Komuniti cukup penting kerana bagi memperkenalkan dan mempromosikan perkhidmatan pusat internet kepada komuniti setempat dengan mendekatkan diri dengan masyarakat. Antara aktiviti yang diadakan adalah permainan atas talian, Klik Dengan Bijak, program usahawan dan pertandingan masakan.....baca selanjutnya
PROGRAM JOM SIHAT DUN JABI BERSAMA HUSM
Aktiviti Terkini | 22 November 2018Sebagai salah suatu aktiviti pendidikan kesihatan percuma kepada komuniti untuk memastikan mereka mendapat pengetahuan mengenai penjagaan keshitan yang betul serta menggalakkan para peserta untuk menderma darah bagi membantu unit transfusi HUSM mengumpulkan bekalan darah kepada orang ramai....baca selanjutnya
BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018
Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya
PROGRAM KOMUNITI & ROADSHOW VIVO Y53 + FREE SIMPACK DIGI
Aktiviti Terkini | 12 Oktober 2018Program diadakan di Pusat Internet Felda Tenang. Aktiviti ini bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 1.00 petang. Program ini dijalankan dengan mengadakan pertandingan dan aktiviti sukan di kalangan golongan dewasa iaitu pertandingan gubahan dan sukaneka....baca selanjutnya
PROGRAM HARI KESIHATAN KOMUNITI BERSAMA NATIONAL KIDNEY FOUNDATION DI KG KERANDANG, MUKIM JABI
Aktiviti Terkini | 26 September 2018Program ini sebagai salah suatu aktiviti yang dijalankan bersama pertubuhan sukarelawan yang memberikan khidmat dari segi pendidikan kesihatan kepada masyarakat kampung....baca selanjutnya
PERTANDINGAN MEWARNA ONLINE SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN
Aktiviti Terkini | 06 Ogos 2018Aktiviti pertandingan mewarna bermula pada pkul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari. Penyampaian hadiah disampaikan kepada semua pelajar, guru dan pemenang pertandingan mewarna pada hari tersebut....baca selanjutnya
MAJLIS TERBUKA HARI RAYA PUSAT INTERNET TASEK MENGKUANG
Aktiviti Terkini | 08 Julai 2018Sambutan Hari Raya ini diadakan bagi menyambut kemeriahan syawal dan mengeratkan silaturrahim antara masyarakat setempat serta pengguna pusat internet Tasek Mengkuang....baca selanjutnya
PERTANDINGAN KAD RAYA ONLINE KREATIF
Aktiviti Terkini | 23 Jun 2018Aktiviti ini membolehkan pelajar dapat belajar menggunakan Microsoft Word dan Microsoft Paint dengan lebih baik apabila berjaya mencipta Kad Raya menggunakan kreativti masing-masing...baca selanjutnya
PROGRAM INTERAKTIF AL-QURAN SEMPENA BULAN RAMADHAN
Aktiviti Terkini | 18 Mei 2018Program ini adalah sebagai salah satu aktiviti bulanan bersempena dengan bulan Ramadhan untuk mendidik para peserta cintakan Al-Quran ...baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI KEUSAHAWANAN SEMPENA PROGRAM IBU TABAH DUN JABI
Aktiviti Terkini | 01 April 2018Program advokasi keusahawanan ini diadakan sempena meraikan program ‘Ibu Tabah’ iaitu ibu tunggal yang berada sekitar DUN Jabi. Program tersebut dirasmikan oleh YB HJ Mohd Iskandar Bin Jaafar. Program Advokasi yang dianjurkan ini mendapat sambutan meriah yang dihadiri lebih kurang 500 peserta...baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI SEMPENA KARNIVAL KESENIAN, KEBUDAYAAN DAN SUKAN TRADISIONAL DUN JABI
Aktiviti Terkini | 22 & 23 Mac 2018Program Advokasi ini diadakan sempena Bulan Kebudayaan Dan Kesenian yang dianjurkan oleh Dun Jabi dan Parlimen, Setiu yang dihadiri oleh YB Tuan Hj Mohd Iskandar Bin Jaafar dan YB Datuk Che Mohamad Zulkifly B. Jusoh selaku ahli Parlimen Setiu....baca selanjutnya
PENULISAN SURAT
Aktiviti Terkini | 26 Februari 2018Aktiviti ini sebagai salah satu aktiviti bulanan untuk mengeratkan hubungan antara staff PI1M dan ahli-ahli PI1M dan meningkatkan kemahiran menaip menggunakan perisian Microsoft word....baca selanjutnya
GOTONG-ROYONG DI PI1M
Aktiviti Terkini | 19 Januari 2018Aktiviti ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara staff PI1M dan ahli-ahli PI1M dan membersihkan kawasan sekitar PI1m sempena tahun baru 2018...baca selanjutnya