Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Nama Kampung Tasek Mengkuang adalah berasal daripada nama pokok Mengkuang yang terdapat banyak dan tumbuh subur di tepi tasik ladang di hujung kampung. Sekarang tasiladang yang dahulunya dipenuhi buaya telah ditimbus dan dijadikan bendang. Pada zaman sebelum merdeka, kampung ini ditadbir oleh Ketua Kampung Kerandang, yang menguasai seluruh Mukim Kerandang. Malah penduduk kampung ini juga bersembahyang Jumaat di Masjid Kampung Kerandang.
Pada awal 60-an penduduk kampung ini yang diketuai oleh Mat Akib bin Ibrahim telah berjuang dan berjaya mendapatkan taraf Mukim Jumaat sendiri dan mempunyai ketua kampung sendiri, tetapi masih dibawah JKKK Kg Kerandang. Mulai akhir 80-an barulah kampung ini ditadbir oleh JKKK sendiri dengan nama JKKK Kg Tasek Mengkuang, di bawah pimpinan En Jaafar bin Mamat dan kini diterajui oleh En Wan Nawang Bin Wan Bakar sebagai pengerusi tetap JKK, sesi 2016-2017. Sekarang kampung ini dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan infrasturtur bagi kemudahan penduduk kampung. Antaranya adalah seperti bekalan air bersih, bekalan tenaga elektrik, masjid, dewan orang ramai, klinik desa, tadika, sekolah rendah, astaka, padang bola, gelanggang futsal, tali air, dan sebagainya.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023KELAS ICT: JAWAB SOALAN TENTANG KEMERDEKAAN MELALUI KAAHOOT
Aktiviti Terkini | 12 Ogos 2023Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) TASEK MENGKUANG berkongsi ilmu tentang menggunakan aplikasi kaahoot serta tentang hari kemerdekaan....baca selanjutnya
KELAS ICT: CARA MEMBUAT SLIDE PEMBENTANGAN MENGGUNAKAN MICROSOFT POWERPOINT
Aktiviti Terkini | 8 Julai 2023Pusat Ekonomi Digital (PEDi) TASEK MENGKUANG berkongsi ilmu tentang bagaimana membuat SLIDE PEMBENTANGAN MENGGUNAKAN MICROSOFT POWERPOINT...baca selanjutnya
KELAS ICT: CARA MEMBUAT FOLIO MENGGUNAKAN MICROSOFT WORD
Aktiviti Terkini | 16 Jun 2023Pusat Ekonomi Digital (PEDi) TASEK MENGKUANG berkongsi ilmu tentang bagaimana membuat folio menggunakan microsoft word....baca selanjutnya
KLIK DENGAN BIJAK (KDB)
Aktiviti Terkini | 21 Mei 2023Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) TASEK MENGKUANG telah berkerjasama dengan PEDi Cherang Ruku, Kg Bharu, Felda Tenang, serta Sungai Petai menjalankan program Klik Dengan Bijak (KDB) yang bertempat di SMK ALOR PEROI pada 21 MEI 2023 yang lepas....baca selanjutnya
KELAS ICT: CARA BUAT KAD HARI RAYA MENGGUNAKAN CANVA
Aktiviti Terkini | 14 April 2023Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) TASEK MENGKUANG berkongsi ilmu tentang menggunakan CANVA untuk membuat kad hari raya....baca selanjutnya
KLIK DENGAN BIJAK (KDB)
Aktiviti Terkini | 21 Mac 2023Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) TASEK MENGKUANG telah berkerjasama dengan PEDi Cherang Ruku, Kg Bharu, Gong Kulim , Tok Janggut serta sungai Petai menjalankan program Klik Dengan Bijak (KDB) yang bertempat di SMK SUNGAI PETAI pada 21 MAC 2023 yang lepas....baca selanjutnya
KLIK DENGAN BIJAK (KDB)
Aktiviti Terkini | 5 Febuari 2023Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) TASEK MENGKUANG telah berkerjasama dengan PEDi Felda Tenang, Cherang Ruku, Kg Bharu, Kok Lanas, Tok Janggut serta sungai Petai menjalankan program Klik Dengan Bijak (KDB) yang bertempat di SMK Dato’ Ismail pada 5 Febuari 2023 yang lepas....baca selanjutnya
KELAS ICT: CARA MENULIS SURAT RASMI MENGGUNAKAN MICROSOFT WORD
Aktiviti Terkini | 20 Januari 2023PEDi Tasek Mengkuang mengadakan bengkel mikrobit yang bertempat di bilik latihan ICT. Peserta yang terlibat adalah daripada kalangan komuniti kampung ini. Bengkel ini juga dilihat memenuhi dan melengkapi sukatan pembelajaran mereka di sekolah....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya