Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Nama Kampung Tasek Mengkuang adalah berasal daripada nama pokok Mengkuang yang terdapat banyak dan tumbuh subur di tepi tasik ladang di hujung kampung. Sekarang tasiladang yang dahulunya dipenuhi buaya telah ditimbus dan dijadikan bendang. Pada zaman sebelum merdeka, kampung ini ditadbir oleh Ketua Kampung Kerandang, yang menguasai seluruh Mukim Kerandang. Malah penduduk kampung ini juga bersembahyang Jumaat di Masjid Kampung Kerandang.

Pada awal 60-an penduduk kampung ini yang diketuai oleh Mat Akib bin Ibrahim telah berjuang dan berjaya mendapatkan taraf Mukim Jumaat sendiri dan mempunyai ketua kampung sendiri, tetapi masih dibawah JKKK Kg Kerandang. Mulai akhir 80-an barulah kampung ini ditadbir oleh JKKK sendiri dengan nama JKKK Kg Tasek Mengkuang, di bawah pimpinan En Jaafar bin Mamat dan kini diterajui oleh En Wan Nawang Bin Wan Bakar sebagai pengerusi tetap JKK, sesi 2016-2017. Sekarang kampung ini dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan infrasturtur bagi kemudahan penduduk kampung. Antaranya adalah seperti bekalan air bersih, bekalan tenaga elektrik, masjid, dewan orang ramai, klinik desa, tadika, sekolah rendah, astaka, padang bola, gelanggang futsal, tali air, dan sebagainya.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PROGRAM CUTI SEKOLAH : JOM MELUKIS

Aktiviti Terkini | 14 Disember 2021

Sempena cuti sekolah, Pusat Ekonomi Digital Tasek Mengkuang mengadakan satu program bersama komuniti dalam kalangan kanak-kanak. Program Jom Melukis yang telah diadakan pada 14 Disember ini dapat mengisi masa lapang yang berfaedah untuk komuniti terutamanya pada musim cuti sekolah. Aktiviti ini dilakukan bagi mengeratkan hubungan antara komuniti dan PEDi serta membentuk kreativiti dalam kalangan komuniti...baca selanjutnya

ORIGAMI KREATIF

Aktiviti Terkini | 25 November 2021

Pusat Ekonomi Digital Tasek Mengkuang mengadakan satu aktiviti bersama komuniti dalam kalangan kanak-kanak. Aktiviti ini dilihat dapat memberikan impak yang positif dalam membentuk pemikiran kreatif. Aktiviti ini juga berupaya membentuk sikap kerjasama yang tinggi...baca selanjutnya

ADVOKASI MOBILE E-WASTE

Aktiviti Terkini | 23 Oktober 2021

Sempena hari E-waste sedunia pada 14 Oktober, PIK Kg Tasek Mengkuang telah menjalankan Program Mobile E-waste bertujuan meningkatkan kesedaran tentang pengurusan E-waste dalam kalangan komuniti. Program ini melibatkan 8 orang peserta yang terdiri daripada komuniti Tasek Mengkuang. Program ini memberikan sedikit penerangan berkenaan E-waste dan mengadakan kuiz E-waste menggunakan aplikasi Kahoot serta mempraktikkan cara pengurusan E-waste dengan betul....baca selanjutnya

PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 6-10 September 2021

Sempena sambutan Kemerdekaan Ke-64, Pusat Internet Komuniti Kluster Besut dan Pasir Puteh mengadakan pertandingan mengikut PIK masing-masing melalui ‘Facebook Live’. Terdapat enam PIK yang terlibat iaitu PIK Sungai Petai, PIK Cherang Ruku, PIK Tok Janggut, PIK Felda Tenang, PIK Kg Baharu dan PIK Tasek Mengkuang. PIK Tasek Mengkuang mengadakan pertandingan pakaian beragam bertemakan Hari Kemerdekaan. Peserta yang terlibat adalah komuniti Tasek Mengkuang itu sendiri....baca selanjutnya

BENGKEL USAHAWAN SHOPEE X MCMC

Aktiviti Terkini | 2 & 14 Ogos 2021

Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh pihak ‘Shopee’ bagi memberikan komuniti dan memberi pengetahuan asas untuk berniaga di ‘platform Shopee’ . ‘Host’ menyediakan ‘slide’ dan memberikan penerangan secara terperinci. Peserta dibenarkan bertanyakan soalan dan mencuba setiap langkah yang ditunjukkan. Pada akhir program tersebut, peserta telah mempunyai kedai di ‘Shopee’ dan sudah mula berniaga....baca selanjutnya

VIDEO FACEBOOK: TUTORIAL HASILKAN ‘PALANG’ PADA DOKUMEN MS WORD & ACROBAT READER

Aktiviti Terkini | 16 Julai 2021

Video ini bertujuan untuk menunjukkan tutorial dan cara untuk membuat palang watermark bagi rujukan pemohon SPP. Pihak SPP mengarahkan pemohon agar meletakkan watermark ini disetiap helaian dokumen yang dimuatnaik...baca selanjutnya

LIVE FACEBOOK: TAWARAN PROGRAM JARINGAN PRIHATIN DIGI

Aktiviti Terkini | 14 Jun 2021

Live ini adalah bertujuan untuk memberi penerangan khas kepada komuniti berkenaan dengan subsidi yang diberikan oleh pihak kerajaan iaitu Program Jaringan Prihatin- Digi . Program ini memberikan banyak manfaat kepada komuniti terutamanya penggunaan untuk PdPR....baca selanjutnya

CARA SCAN DOKUMEN MELALUI APLIKASI CAMSCANNER

Aktiviti Terkini | 27 Mei 2021

Video ini adalah bertujuan untuk memberikan informasi kepada masyarakat agar menjadi masyarakat yang celik IT dan kreatif pada masa akan datang....baca selanjutnya

KAHOOT CHALLENGE

Aktiviti Terkini | 9 April 2021

Program ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada komuniti berkenaan penggunaan aplikasi atas talian. Program ini juga memberikan input pembelajaran kepada peserta....baca selanjutnya

PROGRAM CONTEST SNAP & WIN

Aktiviti Terkini | 27 Mac 2021

Program ini adalah bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara komuniti setempat disamping memperkenalkan tempat menarik baru yang terdapat di Kampung Kerandang...baca selanjutnya

VIDEO CARA MENUKARKAN VIDEO YOUTUBE KE MP3

Aktiviti Terkini | 8 Februari 2021

Setiap individu terutama remaja dan ibu bapa semestinya ingin tahu bagaimana untuk memuat turun video youtube agar boleh dilihat tanpa menggunakan internet....baca selanjutnya

VIDEO PENYUNTINGAN UNTUK MEMBUANG WATERMARK

Aktiviti Terkini | 29 Januari 2021

WATERMARK memang selalu menjadi masalah kepada penyuntingan video kerana aplikasi yang digunakan memerlukan si pengguna untuk membayar sejumlah wang bagi menghilangkan tanda syarikat berkenaan....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti