Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Nama Kampung Tasek Mengkuang adalah berasal daripada nama pokok Mengkuang yang terdapat banyak dan tumbuh subur di tepi tasik ladang di hujung kampung. Sekarang tasiladang yang dahulunya dipenuhi buaya telah ditimbus dan dijadikan bendang. Pada zaman sebelum merdeka, kampung ini ditadbir oleh Ketua Kampung Kerandang, yang menguasai seluruh Mukim Kerandang. Malah penduduk kampung ini juga bersembahyang Jumaat di Masjid Kampung Kerandang.

Pada awal 60-an penduduk kampung ini yang diketuai oleh Mat Akib bin Ibrahim telah berjuang dan berjaya mendapatkan taraf Mukim Jumaat sendiri dan mempunyai ketua kampung sendiri, tetapi masih dibawah JKKK Kg Kerandang. Mulai akhir 80-an barulah kampung ini ditadbir oleh JKKK sendiri dengan nama JKKK Kg Tasek Mengkuang, di bawah pimpinan En Jaafar bin Mamat dan kini diterajui oleh En Wan Nawang Bin Wan Bakar sebagai pengerusi tetap JKK, sesi 2016-2017. Sekarang kampung ini dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan infrasturtur bagi kemudahan penduduk kampung. Antaranya adalah seperti bekalan air bersih, bekalan tenaga elektrik, masjid, dewan orang ramai, klinik desa, tadika, sekolah rendah, astaka, padang bola, gelanggang futsal, tali air, dan sebagainya.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PROGRAM TEKA SILANG KATA

Aktiviti Terkini | 20 Disember 2019

Program ini bertujuan untuk mengingatkan pelajar tentang alatan yang terdapat di dalam pusat internet dan fungsinya. Selain itu program ini yang menawarkan hadiah berupa alat tulis dapat meringankan perbelanjaan ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan ke sekolah....baca selanjutnya

PROGRAM ONLINE PUZZLE

Aktiviti Terkini | 30 November 2019

Program ini bertujuan untuk menarik kembalik minat pelajar bagi berkunjung ke pusat internet Tasek Mengkuang dengan mempelbagaikan aktiviti yang diadakan selain mampu mengasah minda pelajar dalam menjalankan aktiviti dan menyiapkan tugasan yang diberikan dengan pantas dan cekap....baca selanjutnya

PROGRAM TAUTAN KASIH SMK CHERANG RUKU

Aktiviti Terkini | 06 Oktober 2019

Program ini bertujuan untuk menjalankan satu satu aktiviti bagi pelajar-pelajar PDK seramaai 40 orang beserta guru. Belajar beraktiviti sambil berfikir untuk menghasilkan satu idea mengikut bahan yang diberikan. Pelajar-pelajar diberi satu keping kertas yang bercorak ikan dan akan menampalkan manik di atas kertas bagi menghidupkan gambar ikan tersebut. Permainan kedua adalah mengenal emosi dan lakonkan mengikut emosi yang diberi....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK BUKIT JAWA

Aktiviti Terkini | 25 September 2019

Program ini dianjurkan oleh Jabatam Kebajikan Malaysia (JKM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) yang dibantu oleh PI Kluster Pasir Puteh dengan membuka booth....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK KG RAJA PASIR PUTEH

Aktiviti Terkini | 23 September 2019

Program ini dianjurkan oleh PI Cherang Ruku, PI Sg Petai dan PI Tok Janggut yang melibatkan seramai 50 orang pelajar termasuk guru-guru....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK LELAKI PASIR PUTEH

Aktiviti Terkini | 22 September 2019

Program ini dianjurkan oleh PI Cherang Ruku, PI Sg Petai dan PI Tok Janggut yang melibatkan seramai 50 orang pelajar termasuk guru-guru....baca selanjutnya

PROGRAM SAMBUTAN KEMERDEKAAN DI TASEK MENGKUANG

Aktiviti Terkini | 15 September 2019

Lahir generasi yang semangat cintakan negara....baca selanjutnya

PROGRAM MEWARNA BERTEMAKAN ‘SAYANGI MALAYSIAKU’

Aktiviti Terkini | 29 Ogos 2019

Sebagai salah satu program yang diadakan untuk menyemarakkan Hari Kemerdekaan sempena Sambutan ambang Merdeka 2019...baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI BERSAMA KOMUNITI JABI

Aktiviti Terkini | 21 Julai 2019

Sebagai salah satu program yang diadakan untuk memupuk semangat bekerjasama diantara komuniti dan juga mengeratkan silaturrahim....baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA AILDILFITRI

Aktiviti Terkini | 21 Jun 2019

Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan untuk mengeratkan silaturrahim antara ahli kluster Besut dan komuniti setempat...baca selanjutnya

PROGRAM IFTAR SANTAI BERSAMA PERKAYA DUN JABI

Aktiviti Terkini | 20 Mei 2019

Sebagai aktiviti bulanan PI Tasek Mengkuang bersama warga Perkaya, Jabi bagi berkongsi rezeki dan kegembiraan bersama mereka di bulan puasa....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA ITTIFAKIAH

Aktiviti Terkini | 23 April 2019

Program ini bertujuan untuk memberi penerangan tentang keselamatan dalam melayari internet dan membolehkan pelajar mengenalpasti sekiranya wujud unsur-unsur yang tidak selamat sekiranya bakal menjadi mangsa penipuan.....baca selanjutnya

AKTIVITI BERSAMA USAHAWAN HENNA

Aktiviti Terkini | 17 Mac 2019

Program ini diadakan untuk memberi tunjuk ajar kepada staff Pusat Internet dan komuniti Kuala Paku....baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK DAN KOLAJ BAGI PELAJAR TADIKA

Aktiviti Terkini | 21 Februari 2019

Program ini melibatkan guru dan pembantu guru serta pelajar Tabika Kg Tasek Mengkuang, Tabika Kg Tanah Merah, Tabika Kg Seberang Panggung dan Tabika Kg Gong Pasir...baca selanjutnya

PROGRAM KEUSAHAWANAN - INTERAKTIF LEARNING DIGITAL (KAEDAH PEMBELAJARAN BARU)

Aktiviti Terkini | 20 Januari 2019

Program ini merupakan sesi penyampaian ceramah keusahawanan ke arah menarik minat para pelajar untuk belajar secara interaktif atas talian...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti