Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Nama Kampung Tasek Mengkuang adalah berasal daripada nama pokok Mengkuang yang terdapat banyak dan tumbuh subur di tepi tasik ladang di hujung kampung. Sekarang tasiladang yang dahulunya dipenuhi buaya telah ditimbus dan dijadikan bendang. Pada zaman sebelum merdeka, kampung ini ditadbir oleh Ketua Kampung Kerandang, yang menguasai seluruh Mukim Kerandang. Malah penduduk kampung ini juga bersembahyang Jumaat di Masjid Kampung Kerandang.

Pada awal 60-an penduduk kampung ini yang diketuai oleh Mat Akib bin Ibrahim telah berjuang dan berjaya mendapatkan taraf Mukim Jumaat sendiri dan mempunyai ketua kampung sendiri, tetapi masih dibawah JKKK Kg Kerandang. Mulai akhir 80-an barulah kampung ini ditadbir oleh JKKK sendiri dengan nama JKKK Kg Tasek Mengkuang, di bawah pimpinan En Jaafar bin Mamat dan kini diterajui oleh En Wan Nawang Bin Wan Bakar sebagai pengerusi tetap JKK, sesi 2016-2017. Sekarang kampung ini dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan infrasturtur bagi kemudahan penduduk kampung. Antaranya adalah seperti bekalan air bersih, bekalan tenaga elektrik, masjid, dewan orang ramai, klinik desa, tadika, sekolah rendah, astaka, padang bola, gelanggang futsal, tali air, dan sebagainya.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019


PERTANDINGAN FAST TYPING ONLINE

Aktiviti Terkini | 23 Disember 2017

Pertandingan ini dapat menguji kemampuan peserta menaip dan meningkatkan kemahiran para peserta menggunakan internet dan laman sesawang...baca selanjutnya

PUZZLE ONLINE

Aktiviti Terkini | 11 November 2017

Pelajar diberikan pendedahan tentang Pusat Internet 1Malaysia, peralatan yang ada di Pusat Internet 1 Malaysia dan cara menggunakan puzzle online. Pelajar perlu menyiapkan susunan puzzle tersebut dalam tempoh yang ditetapkan....baca selanjutnya

BENGKEL KECANTIKAN DAN PENAMPILAN

Aktiviti Terkini | 14 Oktober 2017

Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan kepada remaja dan wanita luar bandar kepentingan menjaga imej dan kecantikan diri agar dapat menambahkan keyakinan dan memperbaiki personality diri. ...baca selanjutnya

'3D Printer Training'

Aktiviti Terkini | 06 - 07 Oktober 2017

Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelajari lebih mendalam cara penggunaan 3D printer secara betul. Antaranya, mempelajari software penggunaan 3D printer....baca selanjutnya

HARI PERASMIAN PI1M

Aktiviti Terkini | 29 September 2017

Program ini dijalankan bagi memperkenalkan dan mempromosi perkhidmatan serta aktiviti yang dijalankan oleh pihak Pi1M secara umumnya kepada komuniti dan menjalinkan hubungan baik dengan penduduk setempat...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 06 Ogos 2017

Murid-murid diperkenalkan dengan bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang dan bunga kebangsaan iaitu Bunga Raya melalui lukisan yang dicetak di atas kertas mewarna tersebut. Dengan cara itu murid-murid dapat menghayati nilai kemerdekaan melalui lukisan yang diwarnakan mereka....baca selanjutnya

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI BERSAMA TABIKA KEMAS TASEK MENGKUANG

Aktiviti Terkini | 11 Julai 2017

Majlis ini bertujuan untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri yang disambut oleh ahli beragama Islam dan mengadakan suai kenal antara ibu bapa TABIKA KEMAS dan Staff PI1M...baca selanjutnya

MAJLIS MAHABBAH RAMADHAN DAN BACAAN YASIN

Aktiviti Terkini | 17 Jun 2017

Majlis ini berlangsung di Pusat Internet 1Malaysia Kg Tasek Mengkuang. Bermula pukul 10.00 pagi sehingga 12.30 tengahari dan majlis bacaan Yasin, Tadarus Al Quran dan Selawat ke atas Nabi terdiri daripada guru-guru dan warga Kampung Tasek Mengkuang...baca selanjutnya

PROGRAM HARI TERBUKA TABIKA KEMAS BERSAMA PI1M TASEK MENGKUANG

Aktiviti Terkini | 16 Mei 2017

Program ini dijalankan di Tabika Permata Kemas, Kg Tasek Mengkuang. Pendaftaran dan agihan no cabutan bertuah kepada peserta bermula pada pukul 9.30 pagi. Tayangan program berbentuk kartun ilmiah dan disusuli Video KDB beserta penerangan dari staf PI1M mengenai kepentingan KDB dan ucapan perasmian dari guru Tabika...baca selanjutnya

'Public Speaking & High Impact Presentation Training'

Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya

PROGRAM SUAI KENAL DAN MUSYAWARAH BERSAMA WAKIL GURU KAFA DUN JABI, TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 20 April 2017

Program yang dijalankan untuk mengenali guru-guru yang berada di sekitar DUN JABI, bagi memudahkan pihak PI1M menjalankan kerjasama dengan pihak sekolah dan mewar-warkan perkhidmatan yang disediakan di PI1M serta menarik penyertaan ahli baru daripada kalangan guru-guru...baca selanjutnya

GOTONG-ROYONG PEMBUKAAN PI1M

Aktiviti Terkini | 05 Mac 2017

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mewujudkan suasana ceria PI1M Kg Tasek Mengkuang dan mengeratkan silaturahim staff pi1m dengan masyarakat Kg Tasek Mengkuang selain dapat menarik minat kalangan masyarakat untuk berkunjung ke Pi1m Kg Tasek Mengkuang...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti