Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Nama Kampung Tasek Mengkuang adalah berasal daripada nama pokok Mengkuang yang terdapat banyak dan tumbuh subur di tepi tasik ladang di hujung kampung. Sekarang tasiladang yang dahulunya dipenuhi buaya telah ditimbus dan dijadikan bendang. Pada zaman sebelum merdeka, kampung ini ditadbir oleh Ketua Kampung Kerandang, yang menguasai seluruh Mukim Kerandang. Malah penduduk kampung ini juga bersembahyang Jumaat di Masjid Kampung Kerandang.

Pada awal 60-an penduduk kampung ini yang diketuai oleh Mat Akib bin Ibrahim telah berjuang dan berjaya mendapatkan taraf Mukim Jumaat sendiri dan mempunyai ketua kampung sendiri, tetapi masih dibawah JKKK Kg Kerandang. Mulai akhir 80-an barulah kampung ini ditadbir oleh JKKK sendiri dengan nama JKKK Kg Tasek Mengkuang, di bawah pimpinan En Jaafar bin Mamat dan kini diterajui oleh En Wan Nawang Bin Wan Bakar sebagai pengerusi tetap JKK, sesi 2016-2017. Sekarang kampung ini dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan infrasturtur bagi kemudahan penduduk kampung. Antaranya adalah seperti bekalan air bersih, bekalan tenaga elektrik, masjid, dewan orang ramai, klinik desa, tadika, sekolah rendah, astaka, padang bola, gelanggang futsal, tali air, dan sebagainya.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022


PROGRAM MEWARNA SECARA ONLINE PELATIH PPDK DI PEDI FELDA TENANG GABUNGAN DENGAN PEDI TASEK MENGKUANG DAN PEDI KG BAHARU

Aktiviti Terkini | 12 Jun 2022

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) FELDA TENANG menjalankan program jalinan mesra bersama pelajar PPDK mewarna secara online di PEDi Felda Tenang....baca selanjutnya

KELAS ICT: CARA MENULIS SURAT TIDAK RASMI MENGGUNAKAN MICROSOFT WORD

Aktiviti Terkini | 13 Mei 2022

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) TASEK MENGKUANG berkongsi ilmu tentang bagaimana menulis surat tidak rasmi kepada kanak-kanak menggunakan Microsoft Word....baca selanjutnya

VIDEO ICT: CARA MEMOHON KWSP 10K SECARA ATAS TALIAN

Aktiviti Terkini | 16 April 2022

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) TASEK MENGKUANG berkongsi bagaimana komuniti untuk memohon KWSP secara atas talian....baca selanjutnya

KELAS MAKE-UP

Aktiviti Terkini | 3 Mac 2022

PEDi Tasek Mengkuang telah melakukan kelas dandanan atau make-up bersama mua-mua tempatan yang berada di sekitar Besut...baca selanjutnya

KOMUNITI BERSAMA KWSP

Aktiviti Terkini | 10 Februari 2022

PEDi Tasek Mengkuang telah melakukan kolaborasi bersama Mobile Team KWSP Kuala Terengganu untuk membuka kaunter bergerak di PEDi kampung Tasek Mengkuang untuk komuniti setempat....baca selanjutnya

BENGKEL MIKROBIT

Aktiviti Terkini | 2&3 Januari 2022

PEDi Tasek Mengkuang mengadakan bengkel mikrobit yang bertempat di bilik latihan ICT. Peserta yang terlibat adalah daripada kalangan komuniti kampung ini. Bengkel ini juga dilihat memenuhi dan melengkapi sukatan pembelajaran mereka di sekolah....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti